Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

163) INFRA SUKAN PBT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kemudahan sukan yang bukan aliran utama seperti Ragbi dan Hoki yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor di setiap daerah.

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah menyenaraikan 17 jenis sukan teras untuk dibangunkan oleh semua negeri dalam Malaysia. Walaupun bukan semua jenis sukan disenaraikan dalam sukan teras namun terdapat fasiliti sukan sedia ada yang boleh digunakan oleh sukan bukan teras tersebut iaitu dengan menggunakan kemudahan yang tidak mempunyai spesifikasi khas seperti sukan pingpong, silat, judo, karate-do, taekwondo yang dijalankan di dalam dewan manakala penggunaan padang pula seperti sukan ragbi dan kriket.

     

    Kerajaan Negeri melihat keperluan setiap sukan yang tidak popular ini sentiasa diberi kemudahan yang sama bagi memberikan peluang dan ruang kepada atlet-atlet berlatih untuk tujuan pembangunan sukan.

     

    Namun begitu, terdapat juga sukan-sukan bukan sukan utama yang memerlukan kemudahan khusus seperti hoki, skuasy, petanque, boling padang, tenpin bowling, tenis dan sebagainya. Oleh yang demikian, sukan-sukan tersebut boleh menggunakan fasiliti sukan sedia ada di PBT atau PDT masing-masing manakala bagi sukan seperti berikut mempunyai tempat yang khusus untuk latihan.

     

    Sukan Tempat Daerah
    Hoki Stadium Hoki MBPJ Petaling
    Squasy Astaka MBPJ Petaling
    Petanque Kompleks Petanque Negeri Selangor Kuala Selangor
    Boling Padang Kompleks Boling Padang, Seksyen 13 Shah Alam Petaling
    Gelanggang Tinju Gelangang Tinju Sabak Bernam Sabak Bernam
    Gimrama Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling
    Gimnastik Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling
    Tempur Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling
    Muay Thai Kompleks Sukan SUKSES Seksyen 6, Shah Alam Petaling
    Bola Keranjang Bola Keranjang Bukit Tinggi, Klang Klang
    Renang Pusat Akuatik, Serksyen 13 Shah Alam Petaling
    Renang Kompleks Sukan MBPJ Petaling
    Tenis Kompleks Sukan Kelana Jaya Petaling
    Angkat Berat Pusat Angkat Berat Hulu Langat Hulu langat

Lampiran

Tiada Lampiran.