Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
154) PROMOSI INISIATIF ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG (ISP)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah strategi kerajaan Negeri bagi memastikan inisiatif ISP sampai kepada rakyat Negeri Selangor?
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Meru, sebanyak 46 program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan dan meringankan kos sara hidup rakyat di Selangor yang semakin hari semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan inisiatif ISP dapat dikenali oleh rakyat sehingga ke akar umbi agar tiada golongan yang tercicir dalam menerima manfaat yang disediakan.
Pelbagai platform hebahan telah digunakan untuk menyampaikan dan mewar-warkan informasi mengenai manfaat Program ISP kepada rakyat di Selangor adalah seperti berikut :-
- Portal rasmi Kerajaan Negeri dan portal rasmi Pejabat-pejabat Daerah Dan Tanah.
- Laman sesawang com
- Melaksanakan siri jelajah ke daerah-daerah melalui Program Jelajah #KitaSelangor Penyayang yang diadakan pada tahun 2023.
- Menyertai jemputan reruai pameran di program-program anjuran Kerajaan Negeri dan Kementerian
- Bekerjasama dengan Bahagian Korporat Pejabat SUK dalam membuat hebahan menerusi media sosial, siaran televisyen dan juga radio.
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Negeri dan Bahagian Komunikasi Korporat dalam membantu Kerajaan Negeri memperhebat usaha penerangan
Sehingga kini, Bahagian Korporat dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Selangor telah melaksanakan promosi produk Iltizam Selangor Penyayang (ISP) melalui liputan media dalam siri Jelajah #KitaSelangor Penyayang (JKSP) tahun 2023 dan siri Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri (JKSA) tahun 2023 ke semua daerah di Negeri Selangor yang telah disiarkan di TV3 iaitu Buletin 1:30 dan Buletin Utama, juga di Radio Selangor FM, segmen Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang menampilkan semua poftfolio di bawah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), rakaman khas perkongsian Cerita Rakyat bagi penerima manfaat ISP di TV1.
Bahagian ini juga turut menjalinkan kolaborasi dengan beberapa akhbar cetak dan media elektronik bagi mempromosikan semua produk ISP melalui siri iklan tv dan akhbar seperti RTM 1, RTM 2, TV3, Astro Awani, News Straits Time (NST), Berita Harian, Sinar Harian, The Star Online dan MStar Online.
Bahagian Korporat juga mengambil pendekatan dengan menghasilkan video-video pendek bagi penerangan produk-produk ISP yang lebih mudah difahami kepada umum. Selain itu, Jabatan Penerangan Negeri Selangor turut membantu dalam mempromosikan program-program ISP melalui hebahan kandungan kreatif media sosial dan Info On Wheel (IOW) yang bergerak ke seluruh daerah Negeri Selangor.
Disamping itu juga, Kerajaan Negeri akan terus menggunakan segmen-segmen sedia ada di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), bagi mempromosikan produk/program Kerajaan Negeri ermula tahun 2022 dengan mendokong tujuan yang sama iaitu untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, program-program berkenaan telah diteliti semula dan telah diberikan nilai tambah untuk memberdayakan lagi rakyat dengan menzahirkan sebagai Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP).