Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

152) KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENJAWAT AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan statistik penjawat awam yang telah didakwa dengan kesalahan salah laku berkaitan rasuah dalam tempoh 3 tahun ini?

    Jumlah statistik penjawat awam yang telah didakwa dengan kesalahan salah laku berkaitan rasuah dalam tempoh 3 tahun ini adalah sebanyak 59 kes. Perincian mengikut tahun adalah seperti berikut:

     

    Tahun Bilangan penjawat awam yang telah didakwa berkaitan rasuah
    2021 29
    2022 17
    2023 13
    JUMLAH 59
  2. Apakah modul yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam kursus menangani rasuah dalam kalangan penjawat awam?

    Sebagaimana dimaklumi, kes rasuah adalah di bawah bidang kuasa SPRM. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi sokongan padu kepada SPRM dalam menangani rasuah. Justeru itu, beberapa kursus/bengkel telah diadakan yang merangkumi aspek rasuah dengan menjemput penceramah yang terdiri daripada pegawai-pegawai Ibu Pejabat SPRM, SPRM Negeri Selangor dan Pegawai Siasatan (SPRM) yang ditempatkan di Unit Integriti. Antara modul yang telah dilaksanakan dalam kursus/bengkel tersebut adalah seperti berikut:

    TAHUN

    PROGRAM

    JEMPUTAN

    2021

    Forum Integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Tahun 2021

    SPRM Putrajaya

    2022

    Bengkel Pengurusan Tatatertib Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2022

    SPRM Putrajaya

    2023

    Bengkel Pengurusan Tatatatertib Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023

    SPRM Putrajaya

    Bicara Integriti Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor:

    1)    Anda Bijak Jauhi Scammer

    2)    False Claim Itu Apa?

    SPRM Putrajaya

    2021-2024

    Sembang Santai Integriti

    Pegawai Siasatan Unit Integriti

    2021 -2024

    Program Transformasi Minda

    SPRM Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.