Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

151) RUMAH JAGAAN WARGA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan senarai-senarai rumah jagaan warga emas dan rumah anak yatim di Selangor?

    Sehingga Januari 2024 terdapat sejumlah 101 pusat jagaan kategori warga emas dan sejumlah 78 pusat jagaan kategori kanak-kanak termasuk rumah anak yatim dan keluarga miskin.

  2. Berapakah belanja yang diperuntukan untuk pusat-pusat kebajikan ini setakat tahun 2024?

    Bagi tahun 2024, sebanyak RM150,000.00 diperuntukkan bagi program bantuan pusat kebajikan.

  3. Apakah Kerajaan Negeri akan menambah lagi pusat-pusat kebajikan berkenaan di kawasan-kawasan padat seperti Teratai?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kabajikan Masyarakat amat menggalakkan terutama pihak NGO danswasta yang berhasrat untuk membuka pusat jagaan agar beroperasi secara sah dan berdaftar di bawah Akta Jagaan 1993 termasuklah di kawasan padat seperti di DUN Teratai bagi memberikan perkhidmatan kebajikan kepada orang ramai.