Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

144) PAMPASAN TERHADAP KELUARGA MANGSA BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menyediakan pakej pampasan bagi individu/keluarga/syarikat/peniaga yang terkesan dengan banjir kilat yang berulang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang menyediakan sebarang pakej pampasan kepada mangsa-mangsa banjir kilat. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor memberikan Bantuan Wang Ihsan berdasarkan kadar yang telah dinyatakan di dalam ketetapan Surat Ikatan Kumpulan Wang Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor seperti berikut:

    PERKARA

    KADAR MAKSIMUM (RM)

    Mangsa Banjir:

    1. Banjir
    2. Banjir Kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)
     

    500.00

    250.00

    (kadar maksimum setahun)

     

    Selain itu juga, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memberikan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir dengan syarat-syarat seperti berikut :

Lampiran

Tiada Lampiran.