Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

139) HUTAN PENDIDIKAN BUKIT GASING

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan perbelanjaan MBPJ untuk hutan Bukit Gasing pada tahun 2023, mengikut belanja mengurus dan pembangunan.

    Perbelanjaan Majlis yang telah digunakan bagi menaik taraf dan menyelenggara di Hutan Pendidikan Bukit Gasing pada tahun 2023 adalah seperti berikut :

    BIL

    VOT PERUNTUKAN

    PERUNTUKAN (RM)

     

    1

    Mengurus

    (Kerja-kerja penyelenggaraan Landskap)

    Jan 2023 – Disember 2023

    RM142,137.00

    2

    Pembangunan

    (Kerja-kerja naik taraf pintu masuk utama dan Denai)

    November 2022 – Mac 2023

    RM140, 140.00

    Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan

    RM282,277.00

  2. Apakah rancangan pembangunan yang dirancang untuk hutan ini?

    Berikut adalah cadangan tempoh masa pelaksanaan untuk program dan aktiviti pembangunan yang telah dirancang dalam tempoh 3 tahun (2023 hingga 2025) :

    1)   Penambahbaikan laluan trek dan jalan denai :

    • Dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan untuk menyesuaikan dengan keperluan pengunjung dan keselamatan, serta memulihara alam sekitar.

    2)  Pemasangan kemudahan rekreasi:

    • Dilaksanakan dalam tempoh 1 tahun dengan menilai keperluan pengunjung dan memasang kemudahan yang sesuai untuk meningkatkan keselesaan dan pengalaman rekreasi.

     

    3)   Penyelenggaraan infrastruktur sedia ada : 

    • Dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun dengan mengenal pasti dan memperbaiki kerosakan serta memastikan keselamatan infrastruktur yang sedia ada.

     

    4) Program penanaman semula tumbuhan asli :

    • Dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun dengan mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk penanaman semula dan melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar.

     

    5) Pemasangan papan penerangan solar : 

    • Dilaksanakan dalam tempoh 1 tahun dengan memasang sistem penerangan yang sesuai untuk meningkatkan keselamatan pada waktu malam.

     

    6) Pengurusan sisa pepejal dan penjagaan kawasan landskap :

    Dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh 3 tahun dengan menyelenggara dan membersihkan kawasan secara berkala untuk memastikan persekitaran yang bersih dan terpelihara.

Lampiran

Tiada Lampiran.