Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

138) PERUMAHAN STRATA TANPA PENGURUSAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan setiap pembangunan strata di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang tidak mempunyai MC atau JMB yang aktif.

    Senarai pangsapuri yang tidak mempunyai pihak pengurusan JMB/MC yang tidak aktif adalah seperti berikut:-

    Bil Nama skim pemajuan Kategori Kawasan Alamat
    1 Apartment Medan Maju Jaya Blok C Kos Rendah PJS 2 Jalan MJ/6, Medan Maju Jaya, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    2 Apartment Sea Park (Blok A) Kos Sederhana SEKSYEN 21 Jalan 21/13, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    3 Apartment Sea Park (Blok B) Kos Sederhana SEKSYEN 21 Jalan 21/13, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    4 Apartment Sea Park (Blok C) Kos Sederhana SEKSYEN 21 Jalan 21/13, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

     

     

    Bil Nama skim pemajuan Kategori Kawasan Alamat
    5 Apartment Sea Park (Blok D) Kos Sederhana SEKSYEN 21 Jalan 21/13, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    6 Apartment Sea Park (Blok E) Kos Sederhana SEKSYEN 21 Jalan 21/13, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
    7 Apartment Sea Park (Blok F) Kos Sederhana SEKSYEN 21 Jalan 21/13, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
  2. Apakah KPI Kerajaan Negeri untuk melantik ejen pengurusan bagi pembangunan strata tersebut?

    Tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui LPHS dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) di semua PBT dalam membantu JMB tanpa badan pengurusan adalah seperti berikut :-

     

    • Penetapan KPI kepada COB melantik sekuarang-kurangnya 5 ejen pengurusan untuk menyenggara dan mengurus pangsapuri yang melibatkan JMB tidak aktif. Setiap tahun KPI ini merujuk peranan Pesuruhjaya Bangunan (COB), di Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai kuasa untuk melantik ejen pengurusan di bawah Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] untuk mengambilalih pangsapuri yang bermasalah tersebut. Selain itu, ia juga mengambil kira isu-isu permasalahan pangsapuri skim kos rendah yang daif berikutan tiada ejen pengurusan yang berminat untuk menguruskan bangunan memandangkan implikasi kos penyenggaraan yang tinggi.

     

    • Oleh demikian, LPHS bersama COB sedang menilai semula modus operandi Program Skim Pemerdayaan Komuniti atau K-Squad dengan penyediaan dana kepada COB bagi melantik agen-agen pengurusan untuk menyenggara dan mengurus pangsapuri yang tiada JMB. Ejen pengurusan di bawah Program K-Squad perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah disediakan supaya pengurusan yang dilaksanakan oleh ejen berkenaan mencapai objektif membantu komuniti pangsapuri yang tiada badan pengurusan.

     

    • Jangkaan output yang akan diperolehi daripada Program K-Squad adalah pangsapuri kos rendah yang bermasalah dapat diuruskan secara teratur terutama melibatkan pengurusan kewangan selain memberi pendidikan kepada pemilik tentang budaya kehidupan strata yang berterusan agar memudahkan pengurusan pangsapuri diambilalih oleh JMB / MC selepas        1 – 3 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.