Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

132) PENGISIAN GERAN -GERAN DUPLICATE

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan supaya tiada pengisuan geran -geran "duplicate" oleh Pejabat Tanah? ( ia menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menangung jutaan ringgit akibat kecuaian tersebut)

    Pentadbiran Tanah Negeri Selangor telah melancarkan sistem e-Tanah pada 26 Oktober 2023. Melalui sistem ini, salah satu ciri penambahbaikan adalah melalui semakan pelan charting secara elektronik telah diwajibkan sebelum pendaftaran hakmilik baharu didaftarkan. Ini dapat mengelakkan isu pertindihan pemilikan tanah melalui rekod yang sentiasa dikemaskini sebagai rujukan untuk sesuatu permohonan tanah.

  2. Apakah tempoh masa ditetapkan oleh Pejabat Tanah dalam memproseskan sesuatu geran sementara kepada "final title"?

    Tempoh masa bagi urusan pendaftaran hakmilik sementara kepada hakmilik tetap (final title) adalah bergantung jumlah lot dalam sesuatu fail permohonan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang berkaitan. Tempoh masa pendaftaran yang diambil seperti berikut:

     

    • Bagi fail yang kurang daripada 100 lot, tempoh masa pendaftaran hakmilik tetap adalah selama 1 bulan.

     

    • Bagi fail yang melebihi daripada 100 lot, tempoh masa pendaftaran hakmilik tetap adalah selama 3 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.