Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

131) PAJAKAN TANAH-TANAH KERAJAAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah Syarikat Persendirian yang diberikan pajakan tanah-tanah Kerajaan Negeri di Selangor?

    Sebanyak 62 kelulusan permohonan telah diberikan kepada Syarikat persendirian bagi pajakan tanah rizab Kerajaan di Negeri Selangor bagi tahun 2021 sehingga 2023.

  2. Apakah nama- nama Syarikat Pendirian tersebut dan berapakah luas tanah dipajakkan?

    Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama Syarikat bagi tahun 2021 sehingga tahun 2023.

  3. Berapakah hasil kutipan daripada pajakan tanah tersebut?

    Jumlah kutipan premium bagi pajakan tanah rizab adalah seperti dilampiran.