Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

126) PENCEN BAGI LANTIKAN PENJAWAT AWAM BARU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk mengantikan sistem Pencen bagi lantikan penjawat awam baru? Bukankah, ia akan menjimatkan liabiliti kewangan Kerajaan Negeri pada jangka masa panjang?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 15 Januari 2024 Bagi Pengambilan Pegawai Baharu Secara Lantikan Kontrak (Contract of Service – COS) hanya dilaksanakan dalam tempoh percubaan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

    Pelaksanaan di peringkat Kerajaan Negeri masih belum terpakai dan tertakluk kepada arahan selanjutnya Kerajaan Persekutuan dari masa ke masa. Dari segi jangka masa panjang, liabiliti bayaran pencen penjawat awam kebanyakanya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.