Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

118) LAMPU SOLAR LED

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah permohonan penggantian dan pemasangan lampu solar LED baharu di kawasan-kawasan perumahan, komersial, dan taman rekreasi?

    Dalam memastikan projek/inisiatif pemasangan produk teknologi hijau
    di Negeri Selangor dilaksanakan dengan berkesan, terdapat dua (2) kaedah sedia ada untuk memohon peruntukan penggantian dan pemasangan lampu solar LED baharu di kawasan-kawasan seperti perumahan, komersial, dan taman rekreasi. Kaedah tersebut adalah seperti berikut:

     

    • Permohonan melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau, UPEN

     

    • Dana ini disediakan untuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Penduduk, Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, Organisasi Keagamaan, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Pertubuhan/Organisasi Alam Sekitar;
    • Mengemukakan surat dan kertas cadangan projek termasuk kos projek kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) beserta dokumen-dokumen pendaftaran yang sah seperti sijil pendaftaran pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan laporan kewangan terkini;
    • Had jumlah peruntukan yang dipohon adalah bergantung kepada jumlah peruntukan Jawatankuasa Tetap yang diluluskan setiap tahun;
    • Exco berkaitan akan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan berdasarkan kepada syor UPEN;
    • Peruntukan yang diluluskan akan disalurkan secara direct grant kepada organisasi/pertubuhan dan memastikan peruntukan tersebut digunakan pada tahun yang dipohon. Organisasi/Pertubuhan bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan pelaksanaan kepada UPEN untuk semakan dan lawatan tapak.

     

     

     

     

     

    • Lain-lain Peruntukan Seperti MARRIS dan PBT

     

    • Menerusi peruntukan ini, penggantian lampu solar LED hanya boleh dilaksanakan bagi penggantian baharu di tapak sedia ada dan disahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR);
    • Agensi Pelaksana seperti PBT perlu mengemukakan permohonan penggantian lampu solar LED sedia ada mengikut tatacara yang ditetapkan dalam Garis Panduan Tatacara Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri;

     

    • Agensi Pelaksana perlu mengemukakan permohonan peruntukan berdasarkan panjang jalan yang telah disahkan dan mengemukakan perancangan penyenggaraan tidak lewat dari 31 Januari tahun kewangan yang akan dilaksanakan penyenggaraan;
    • Semua permohonan yang diterima hendaklah dibawa untuk pertimbangan dan semakan menyeluruh oleh Jawatankuasa Kumpulan Wang;
    • Agensi Pelaksana perlu memohon secara dalam talian mengikut kriteria dan spesifikasi yang ditetapkan dan memastikan jalan-jalan tersebut didaftarkan di dalam Sistem MARRIS Online yang disahkan oleh JKR; dan
    • Anggaran peruntukan yang diluluskan hendaklah dimaklumkan kepada Agensi Pelaksana dan boleh diagihkan secara sekali gus atau berdasarkan prestasi perbelanjaan sebenar Agensi Pelaksana;

Lampiran

Tiada Lampiran.