Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
114) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri melalui KDEBWM untuk mengkaji semula penambahan dalam menempatkan tong sampah besar (large wheel bin) di kampung - kampung tradisi bagi mengelakkan pembuangan sampah domestik ke sungai?
Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada penghujung tahun 2021 telah menyalurkan direct grant berjumlah RM1 juta kepada KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) bagi membina kebuk sampah serta membekalkan tong leach bin berkapasiti 1,100 liter di kampung-kampung tradisi di sembilan (9) kawasan daerah di Negeri Selangor. Melalui peruntukan ini, sebanyak 300 unit kebuk sampah beserta tong leach bin telah disediakan pada tahun 2022. Proses pembinaan set kebuk sampah dan pembekalan tong leach bin bermula pada bulan April 2022 dan selesai pada bulan Oktober 2022. Jumlah set kebuk sampah dan pembekalan tong leach bin yang diletakkan di kampung-kampung tradisi adalah seperti berikut:
BIL. DAERAH JUMLAH SET KEPERLUAN
JUMLAH SELESAI PEMASANGAN
1. SHAH ALAM 47
47
2. AMPANG 7
7
3. SEPANG 46
46
4. HULU SELANGOR 81
81
5. KAJANG 17
17
6. SUBANG JAYA 31
31
7. SELAYANG 14
14
8. KUALA LANGAT 30
30
9. KLANG 27
27
JUMLAH 300
300
*Sumber: KDEBWM
-
Nyatakan perancangan pihak Kerajaan Negeri dalam pengedaran tong sampah besar (large wheel bin) di taman - taman perumahan dan kawasan komersial bagi tujuan menyambut kempen kesedaran bersempena Tahun Melawat Selangor 2025?
Berdasarkan kepada Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap 2007, penyediaan tong sampah di taman-taman perumahan dan kawasan komersial adalah di bawah tanggungjawab pemilik rumah dan premis yang berkenaan. Kerajaan Negeri melalui PBT hanya menyediakan tong sampah di pusat-pusat tong komunal sahaja. Kerajaan Negeri melalui PBT akan mempertingkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan setiap pemilik premis khususnya di kawasan-kawasan komersial menyediakan tong sampah yang bersesuaian supaya sampah-sampah dapat dibuang dengan lebih teratur sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih bersih sebagai persediaan bagi menyambut Tahun Melawat Selangor 2025.