Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
112) KAUNTER KIOSK INFORMASI PRODUK PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan kaunter informasi produk pelancongan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA1 dan KLIA2 dari pihak Tourism Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor masih dalam proses perundingan dengan pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), bagi mendapatkan ruang untuk membangunkan kaunter informasi pelancongan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
Cadangan pembinaan kaunter informasi ini dijangka akan dilancarkan pada suku tahun keempat 2024, sekiranya sesi rundingan bersama pihak MAHB telah dimuktamadkan.