Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
100) TOL BAGAN SABAK BERNAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah rumah masih tidak mendapat TOL di Bagan Sabak Bernam?
Jumlah kediaman yang masih belum mendapat TOL di kampung-kampung bagan di daerah Sabak Bernam adalah dalam anggaran lebih kurang 400 buah rumah kediaman.
-
Bagaimanakah PTD dapat membantu mereka melanjutkan TOL?
Permohonan LPS bagi kediaman pada masa kini adalah tidak dibenarkan di bawah Pekeliling PTGS Bilangan 4/2015. Oleh itu, permohonan melanjutkan TOL ini tidak dapat diproses dan penduduk di kawasan kampung-kampung bagan di daerah Sabak Bernam pada masa hadapan perlu dipindahkan ke kawasan penempatan yang lebih sesuai.