Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
99) CUKAI PINTU PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengecualikan cukai pintu bagi Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Kampung Bagan?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membantu rakyat antaranya melalui penyampaian perkhidmatan yang terbaik daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam hal ini, hasil dan perbelanjaan PBT disemak semula bagi mengimbangi dan memastikan kualiti perkhidmatan PBT berada di tahap yang optimum. Mulai 1 Januari 2024, pemberian pengecualian cukai taksiran kediaman kampung adalah diberikan secara bersasar. Sebelum ini, ia diberikan secara automatik selama tempoh lapan (8) tahun dengan jumlah keseluruhan RM91.49 juta yang melibatkan 745,790 unit rumah. Pelaksanaan ini adalah berikutan daripada keperluan untuk memastikan inisiatif ini dinikmati oleh golongan yang berkelayakan dan memerlukan serta berada dalam lingkungan berpendapatan sederhana. Perubahan kepadatan penduduk di kawasan kampung juga dilihat semula berikutan sosio ekonomi yang telah berubah yang mengambil kira jenis dan lokasi kediaman yang tidak terancang. Oleh itu, pemilik yang layak sahaja diberikan pengecualian tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Pemilik pegangan yang mempunyai keluasan kurang dari 2,000 kaki persegi sahaja;
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di negeri Selangor;
- Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5,000.00 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini adalah termasuk pendapatan pasangan yang bukan merupakan warganegara);
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau satu rumah sahaja; dan
- Hanya pemilik harta yang berdaftar sahaja boleh memohon.
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak mengecualikan.