Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
96) KESESAKAN TRAFIK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan atau pembangunan untuk menaikan taraf Jalan Sungai Puloh, Klang untuk menyelesaikan masalah trafik yang sesak terutama kenderaan berat?
Jalan Sungai Puloh telah disyaratkan kepada Pemaju Sime Darby untuk dinaiktaraf dan dijangkakan akan bermula pada pertengahahan tahun 2024. Skop kerja menaiktaraf melibatkan menaiktaraf daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong sepanjang 2.8km beserta pemasangan lampu isyarat di persimpangan yang terlibat.
-
Apakah pelan perbelanjaan yang boleh diperuntukkan untuk menaikkan taraf kualiti jalan raya supaya boleh menampung kenderaan berat seperti lori dan kontena?
Rekabentuk pavement bagi kerja menaiktaraf / membina jalan akan mengambilkira beban (loading) daripada kenderaan ringan dan berat yang akan melalui jalan tersebut. Kos bagi rekabentuk pavement tersebut diambil kira di dalam kos keseluruhan projek.
-
Apakah tindakan atau rancangan untuk letak lebih lampu jalan sepanjang Jalan Sungai Puloh,Klang?
Lampu jalan sedia ada di sepanjang jalan Sungai Puloh adalah mencukupi untuk pencahayaan di lokasi tersebut, namun kebanyakan lampu jalan tidak berfungsi disebabkan faktor kerosakan kabel yang terlampau uzur serta kemalangan jalan raya yang menyebabkan kabel terputus dan sebagainya.
Permohonan peruntukan untuk pembaikan sistem lampu jalan di lokasi ini telah diberi keutamaan dan akan dilaksanakan segera pada tahun ini selepas peruntukan MARRIS diterima.