Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
95) PANGSAPURI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keselurahan pangsapuri ,flat, dan kondo dalam senarai yang terdapat di DUN Bandar Baru Klang?
Seperti di Lampiran.
-
Berapakah jumlah dalam senarai tersebut yang tidak mempunyai joint management body (JMB)?
Seperti di Lampiran.
-
Apakah garis panduan untuk menyelesaikan masalah penduduk jika PBT atau pesuruhanjaya bangunan lambat untuk ambil tindakan?
Punca kuasa Jabatan COB adalah berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Akta 757 memfokuskan Mesyuarat Agung Tahunan, pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), Pemaju dan Ejen Pengurusan. Bagi menjawab pertanyaan berkenaan garis panduan : Akta 757 hanya mengandungi garis panduan bagi permasalahan kebocoran antara tingkat sahaja (Peraturan 55 – Peraturan 64). Oleh itu, bagi masalah lain yang berlaku di kawasan strata, sebagai contoh tambahan bangunan, ubah kegunaan bangunan, rumah sesak, kebanjiran warga asing dan haiwan liar akan dipanjangkan kepada Jabatan dalaman yang mempunyai punca kuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.