Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

94) PENGINAPAN PEKERJA BERPUSAT (CLQ)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan hala tuju kerajaan terhadap penginapan pekerja berpusat (CLQ)?

    Dasar dan hala tuju Kerajaan Negeri yang berkuat kuasa semasa terhadap penginapan pekerja berpusat (CLQ) adalah merujuk kepada Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) yang telah disediakan oleh PLANMalaysia melalui Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 6 Tahun 2021 yang telah diluluskan pemakaiannya pada bulan Oktober 2021.

  2. Bilakah tarikh akhir untuk meduduki semua pekerja asing ke CLQ?

    Merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 1 Tahun 2021 bertarikh 23 Mac 2021 mengenai prosedur permohonan bagi penyediaan penginapan pekerja secara jangka pendek, tarikh akhir semua pekerja asing untuk ditempatkan di CLQ adalah pada tahun 2026. Tarikh prosedur ini adalah terpakai dalam tempoh tiga (3) tahun iaitu bermula tahun 2021 hingga 2023. Walau bagaimanapun, Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 3 Tahun 2023 telah melanjutkan tempoh bagi kelulusan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (Temporary Labour Quarters) bermula 2024 sehingga 2026 sahaja di mana selepas daripada tempoh tersebut semua permohonan TLQ tidak akan dilanjutkan dan perlu penempatan kekal iaitu dengan membangunkan CLQ. Buat masa ini, kertas cadangan untuk penerimaan pemakaian Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 3 Tahun 2023 dijangka akan dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri pada bulan Mac 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.