Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

87) KIPAS BESAR HVLS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan SOP untuk pemasangan kipas besar HVLS di Negeri Selangor?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar, garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (Standard Operation Procedure [SOP]) yang khusus untuk pemasangan kipas besar HVLS di Negeri Selangor. Pemasangan kipas tersebut adalah melalui kaedah yang dilaksanakan oleh pihak pembekal dengan nasihat perunding kejuruteraan atau bangunan yang dilantik oleh pihak pemohon berdasarkan keperluan masing-masing. Sebagai contoh, pihak sekolah yang menerima permohonan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru supaya kipas besar HLVS dipasang akan melantik perunding kejuruteraan atau bangunan bagi memastikan struktur bangunan sekolah adalah selamat.

  2. Adakah pengawasan kipas besar HVLS dalam proses pemasangan dan penyelanggaran demi untuk keselamatan orang awam ?

    Urusan pengawasan ke atas pemasangan dan penyelenggaraan kipas besar HVLS adalah menjadi tanggungjawab pihak pembekal dan/ atau pihak perunding sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.