Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

83) PENERIMA JOM SHOPPING PERAYAAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan nama penerima dan alamat garis pertama penerima Baucar Jom Shopping Perayaan untuk tahun 2023 dan Tahun Baru Cina 2024 mengikut DUN.

    Untuk makluman Yang Berhormat Seri Kembangan, Sistem Jom Shopping Perayaan yang dibangunkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah digunapakai bermula dari tahun 2013 sehingga ke hari ini untuk mendaftar, mempertimbang dan meluluskan permohonan bagi Program Bantuan Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan.

    Sehubungan dengan itu, mengambil kira jaminan kerahsiaan data penerima dan informasi, senarai nama dan alamat penerima mengikut DUN bagi Program Bantuan Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan bagi tahun 2023 dan 2024 tidak dapat dikemukakan kepada pihak Yang Berhormat buat masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.