Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

80) PENYELESAIAN ADUAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah piagam pelanggan berkenaan tempoh masa penyelesaian setiap jenis masalah infrastruktur bagi Majlis dan JKR?

    1. Piagam Pelanggan bagi penyelesaian aduan infrastruktur bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah seperti berikut:

     

    JABATAN/

    PBT

    Piagam Pelanggan Penyelesaian Aduan Infrastruktur
    JKR Maklum balas aduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
    MBDK Maklum balas tindakan penyelesaian aduan dalam tempoh 14 hari bekerja (bagi kerosakan kecil yang dibaiki secara in-house)
    MBPJ Memproses aduan jalan berlubang dan jalan rosak dan aduan lampu jalan dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan di jabatan.
    MBSA Memastikan aduan disalurkan kepada Jabatan/ Bahagian/ Pejabat Cawangan yang terlibat dalam tempoh 24 jam aduan diterima pada hari berkerja.
    MBSJ Semua aduan dalam sistem SISPAA MBSJ, Majlis perlu mengemaskini maklum balas status aduan (siasatan / status aduan) dalam tempoh 11 hari. Namun, bagi kerja-kerja pembaikan lubang jalan (kecil) oleh Unit Road Gang dan kontraktor penyelenggaraan adalah dalam tempoh tiga (3) hari.
    MDSB Memberikan maklum balas status aduan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh aduan diterima.
    MPAJ 365 hari.
    MPHS Satu (1) bulan dari tarikh aduan diterima.
    MPKj Satu (1) bulan dari tarikh aduan diterima.
    MPKL Membuat pemeriksaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan ke atas infrastruktur dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas menerima aduan.
    MPKS Mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam bagi aduan dengan tahap kompleksi yang rendah. Manakala aduan dengan tahap kompleksi yang sederhana dan/atau tinggi seperti memerlukan penyelesaian dengan peruntukan kewangan mengambil tempoh 15 hari bekerja.
    MPS Memberi maklum balas aduan-aduan daripada orang ramai dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Penyelesaian aduan infrastruktur adalah bergantung kepada paras kerosakan, kondusi kerosakan di tapak dan kemudah sampaian ke laluan tapak aduan.
    MPSp Maklum balas dalam tempoh 14 hari.

     

    Piagam pelanggan berhubung aduan berkaitan pengurusan aset infrastruktur bagi JKR adalah seperti berikut:

    1. Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) – 1 hari
    2. Tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan selepas dikenal pasti atau aduan diterima – 3 hari
    3. Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil selepas dikenal pasti atau aduan diterima – 24 jam
    4. Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sebelum kerja-kerja dijalankan – 3 hari

    Kerajaan Negeri melalui pihak JKR Selangor adalah tertakluk kepada piagam pelanggan yang telah di sediakan oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia dan sentiasa berusaha mencapai pematuhan sepenuhnya kepada piagam pelanggan sediaada dengan menepati tempoh masa yang telah ditetapkan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan menambahbaikan piagam pelanggan tersebut supaya masalah berkenaan selesai dalam 48jam?

    Kerajaan Negeri bersedia untuk menambah baik piagam pelanggan di PBT supaya aduan berkenaan masalah infrastruktur selesai dalam tempoh 48 jam tetapi ia juga bergantung kepada kekuatan kewangan setiap PBT dan tertakluk kepada peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.