Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

78) PRESTASI DRT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bandingan ridership bagi Mobi dan Kumpool di DUN Subang Jaya.

    Jumlah ridership bagi Mobi adalah seramai 3,429 orang dari 20 November sehingga 31 Disember 2023. Tiada pelaporan data ridership yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri bagi Kumpool kerana syarikat berkenaan merupakan pengendali DRT yang bekerjasama dengan PRASARANA.

  2. Sila nyatakan samada Trek akan diperluaskan ke Subang Jaya.

    Pada masa kini, Badanbas Coach Sdn Bhd merupakan pengendali DRT di kawasan Subang Jaya. Namun Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk melantik syarikat Trek Rides menjadi pengendali DRT di kawasan Subang Jaya.

  3. Apakah langkah seterusnya bagi Kerajaan Negeri memperkembangan DRT kepada kawasan lain?

    Perluasan pelaksanaan DRT kepada kawasan lain akan bergantung kepada hasil penilaian berkaitan sambutan, penerimaan orang awam, halangan dan cabaran selepas tamat enam (6) bulan fasa percubaan iaitu mulai 20 November 2023 hingga bulan Mei 2024 di lapan (8) kawasan iaitu Subang Jaya, Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan, Sungai Buloh, Ampang, Hulu Kelang dan UPM Serdang.

Lampiran

Tiada Lampiran.