Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

72) KEWANGAN PBT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan baki terkini simpanan akaun tetap untuk setiap PBT di bank-bank komersial utama di dalam dan luar negara (sekiranya ada).

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor tidak mempunyai simpanan tetap di bank di luar negara. Manakala bagi simpanan tetap setiap PBT di bank-bank komersial di dalam negara adalah berjumlah RM3.44 bilion (sehingga 31 Januari 2024) seperti berikut:

    PBT

    Jumlah Simpanan Tetap (Bank Dalam Negara) (RM)

    MBSA

    730,000,000.00

    MBPJ

    135,807,202.00

    MBSJ

    418,000,000.00

    MBDK

    25,119,347.00

    MPAJ

    107,000,000.00

    MPKJ

    745,230,000.00

    MPS

    529,000,000.00

    MPSP

    215,288,844.00

    MPKL

    347,000,000.00

    MPHS

    82,500,000.00

    MPKS

    73,000,000.00

    MDSB

    30,000,000.00

    JUMLAH

    3,437,945,393.00

  2. Bagi simpanan di luar negara, adakah ia melibatkan pertukaran mata wang asing dan sama ada kadar pertukaran ditetapkan atau berapung mengikut pasaran?

    PBT Negeri Selangor tidak mempunyai simpanan tetap di bank di luar negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.