Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

66) PADU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pendaftaran PADU di negeri Selangor?

    Status pendaftaran PADU di Negeri Selangor sehingga 18 Februari 2024 jam 11.59 pm adalah 541,715 (12.8%).

  2. Status integrasi data PADU ke dalam sistem bantuan sosial dan kebajikan Selangor?

    Adalah dimaklumkan pembangunan Fasa 1 PADU dijangka selesai pada separuh tahun kedua 2024. Pada ketika ini PADU adalah dalam fasa pengemaskinian oleh rakyat yang dijangka selesai pada 31 Mac 2024. Susulan data akan digabungjalinkan untuk penyediaan Use Case. Proses pengintegrasian antara PADU dan Sistem lain akan dilaksanakan mengikut keperluan dan selepas pengintegrasian dan pengemaskinian PADU selesai sepenuhnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.