Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
50) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dan MPAJ bercadang untuk menjadikan pusat kutipan bergerak MPAJ sebagai pusat kutipan cukai Kerajaan Negeri termasuk cukai tanah?
MPAJ telah memulakan usaha menjadikan pusat kaunter bergerak kami sebagai pusat kutipan cukai tanah bagi pejabat daerah dan tanah di Negeri Selangor. Kaunter bergerak MPAJ bersedia menerima kutipan cukai tanah dengan hanya mengemukakan bil cukai tanah kepada pegawai yang bertugas. Proses ini sama seperti kutipan di kaunter utama MPAJ iaitu di Menara MPAJ.
Kaunter bergerak MPAJ telah ditambah baik dan diguna pakai bermula Februari 2023. Sepanjang tempoh 2023, kaunter bergerak MPAJ telah bergerak ke setiap kawasan tumpuan penduduk. Antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah seperti pasar pagi, pasar tani, pusat membeli belah, kawasan perumahan berstrata dan dewan-dewan MPAJ.