Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
40) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah baucar jom shopping telah diedarkan pada tahun 2023 dan 2024?
Jumlah baucar Jom Shopping yang telah diedarkan sepanjang tahun 2023 sehingga 2024 adalah seperti jadual dibawah:
Penerima tahun 2023 Penerima tahun 2024 (sehingga 9 Februari)
246,256 Penerima 133,018 Penerima -
Bagaimana kerajaan negeri membantu untuk mengurangkan masalah kesesakan orang ramai ke pusat khidmat DUN untuk menebus baucar jom shopping SMUE?
Proses peralihan kepada digitalisasi Jom Shopping Skim Mesra telah bermula daripada November 2023. Program digitalisasi meliputi proses pendaftaran secara atas talian, pengesahan dan penebusan e-baucar.
Sementara itu, pihak PKM DUN dicadangkan untuk mengatur dan menyusun jadual pemberian baucar mengikut budi bicara pengurusan PKM bagi mengurangkan kesesakan.