Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
31) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan telah disediakan dan program yang akan dilaksanakan bagi sambutan Hari Antarabangsa Sisa Sifar 2024.
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
PBT Negeri Selangor tidak menerima sebarang peruntukan bagi melaksanakan program sambutan Hari Antarabangsa Sifar Sisa. Namun, PBT yang berkemampuan dari sudut kewangan, akan melaksanakan program-program sempena hari sambutan tersebut. Jumlah peruntukan yang disediakan oleh PBT bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:
BIL. PBT JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
LANGKAH-LANGKAH DAN RANCANGAN BAGI MELAKSANAKAN PENGASINGAN SISA SAMPAH DI PUNCA 1. MBSA 50,000.00 1. Pelancaran Program Sisa Sifar berdasarkan kepada kertas kerja komuniti. 2. MBPJ 20,000.00 1. Melaksanakan program kitar semula secara menyeluruh di semua peringkat Masyarakat / Komuniti Setempat dengan penglibatan Ahli Majlis Zon serta Ahli Parlimen dan ADUN Kawasan. 2. Melaksanakan konsep “polluter pay” dimana bayaran perkhidmatan sisa dikenakan kepada penjana sampah. Sebagai contoh: mewujudkan perkhidmatan sewaan tong RORO bagi sampah pukal dan sisa binaan, mengenakan caj kepada peniaga kecil dan caj beg plastik.
3. Melaksanakan program berkonsepkan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) untuk meningkatkan kesedaran awam dengan komuniti setempat.
4. Menyediakan kemudahan waste treatment facility dan mesin anaerobic digester untuk sisa makanan, sisa styrofoam dan sisa plastik.
5. Menjalankan usahasama dengan pihak korporat dan NGO secara Extented Producer Responsibility (EPR) bagi program pengasingan sampah di Kawasan perumahan dan peletakkan tong kitar semula swasta yang sesuai.
6. Pemberian insentif kepada penduduk seperti skim rebat cukai taksiran dan geran komuniti mampan (PJ SEED).
7. Menyediakan kemudahan kitar semula di kawasan perniagaan bagi peniaga melaksanakan pengasingan sisa kitar semula.
8. Mensyaratkan peringkat pelan kelulusan Kebenaran Merancang serta Pelan Bangunan ke atas permohonan pembangunan baharu dan tambahan baharu untuk menyediakan kebuk sampah yang mempunyai ruang pengasingan sisa.
3. MBSJ 74,000.00 1. Program kutipan kitar semula dari pintu ke pintu. 2. Program kiosk Jom Kitar, kumpul dan tukar; dan
3. Program pengasingan sisa dari punca- kompos kawasan perumahan.
4. MBDK Tiada Pengasingan sisa sampah telah dilakukan oleh pekerja KDEBWM di Pusat Kitar Semula. 5. MPS Sedang dalam permohonan 1. Mengadakan program kesedaran di peringkat sekolah iaitu mewujudkan Program Bank Kitar Semula. 2. Mengadakan program yang berkaitan dengan kitar semula di peringkat komuniti, sekolah,institusi pendidikan, agensi kerajaan dan swasta.
6. MPKj Tiada 1. Program pendidikan kesihatan dan promosi disekolah-sekolah, pasaraya, masjid, pasar malam dan tempat tumpuan awam program kitar semula bersama penduduk (go green with 3R) melibatkan persatuan-persatuan penduduk yang aktif dan komited dalam melaksanakan program kitar semula. 2. Kempen kitar semula minyak masak di kalangan peniaga dan orang awam.
7. MPAJ 3,000.00 1. Program pengasingan sisa di punca melibatkan 17 lokasi. 2. Program ReFAST (Recycle for Ampang Strata) melibatkan 21 badan pengurusan bersama (JMB).
3. Penempatan sangkar kitar semula di 10 lokasi kawasan perumahan.
4. Program pengasingan sisa di punca bersama KDEBWM melibatkan Kawasan pentadbiran MPAJ.
8. MPSp Tiada 1. Akan merancang dan mengatur gerak beberapa program selaras dengan SDG 12:5: Substantially Reduce Waste Generation dengan meningkat kesedaran komuniti berkaitan pengasingan sisa di punca sekaligus mengurangkan pelupusan sampah ke tapak pelupusan. 2. Beberapa kolaborasi diadakan bagi meningkatkan jumlah kutipan sisa kitar semula berfokus dengan mengadakan kutipan di komuniti dan menggunakan aplikasi bagi memudahkan penyampaian maklumat dan penerimaan mata ganjaran dan e-dompet.
9. MPKL Tiada 1. MPKL telah membentuk Pelan Tindakan di bawah SMART MAMPAN @ KUALA LANGAT berkenaan memperkasakan amalan 3R antara aktiviti dan sasaran yang dilaksanakan iaitu progrm berskala besar yg dinamakan ECO @ KUALA LANGAT. Program ini merupakan program tahunan yg dilaksanakan dari tahun 2015. Ia melibatkan pelbagai lapisan masyrakat bagi memupuk kesedaran mencintai alam sekitar. 2. MPKL telah mengadakan program pembelian “trash to cash” pengumpulan minyak masak terpakai, pakaian terpakai dan barangan terpakai pada hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan di Pasar Awam Banting.
3. MPKL juga telah menganjurkan Program Ramadhan Mampan iaitu menggalakkan pengunjung membawa mangkuk tingkat dan pengumpulan minyak masak bagi peniaga Bazar Ramadhan.
10. MPKS Tiada Kempen Pengasingan sisa dari punca. 11. MPHS 25,000.00 1. Program seminar dalam kalangan komuniti. 2. Memperkenalkan program SIDINA (Sisa Jadi Dana), ia merupakan program kitar semula yang memberi pulangan kepada setiap peserta yang melaksanakan kitar semula. Program ini menggalakkan amalan pengasingan melalui amalan kitar semula.
12. MDSB Tiada Melaksanakan Kempen Kitar Semula dan mewujudkan Pusat Pengumpulan Barangan Kitar Semula seperti : ● kabin kitar semula;
● tong e-waste;
● program minyak masak terpakai; dan
● kempen lestari Alam Sekitar di peringkat sekolah-sekolah.
*Sumber: PBT Negeri Selangor
-
Apakah langkah-langkah dan rancangan kerajaan bagi melaksanakan pemisahan sisa sampah di punca?