Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

30) KENAIKAN GAJI BAGI PETUGAS DI PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan jumlah gaji bagi petugas di Pejabat DUN memandangkan tekanan kerja yang dihadapi di sana sangat tinggi dan berat?

    Gaji yang ditetapkan kepada petugas di Pejabat DUN adalah setara dengan gaji Pembantu Tadbir N19 yang berkelayakkan Sijil Pelajaran Malaysia. Sehingga kini belum ada cadangan untuk semakan semula gaji berkenaan. Kajian perlu dilakukan dengan sebarang cadangan kenaikan gaji perlu mengambilkira skim-skim perkhidmatan lain yang setara dalam perkhidmatan awam yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.