Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

25) WARGA ASING YANG MENJALANKAN KEGIATAN PERNIAGAAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membenteras warga asing yang menjalankan kegiatan perniagaan dengan menggunakan lesen warga warga tempatan?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengeluarkan surat tunjuk sebab pembatalan lesen kepada pemilik lesen yang disyaki menyewakan lesen atau premis yang dioperasikan oleh warga asing tanpa dokumen yang sah. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemilik gagal memberikan maklum balas yang munasabah dalam tempoh 14 hari. Selain itu, premis akan ditutup dan nama pemilik lesen akan disenarai hitam.

Lampiran

Tiada Lampiran.