Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

24) HAKISAN TEBING SUNGAI SG. LANGAT YANG BERHAMPIRAN KAWASAN PENEMPATAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kawasan-kawasan tebing Sungai Langat yang terhakis dan menjejaskan kawasan penempatan yang berada di dalam kawasan DUN Kajang.

    Berikut adalah senarai kawasan tebing Sungai Langat yang terhakis dan menjejaskan kawasan penempatan yang berada di dalam kawasan DUN Kajang:-

    1. Taman Sepakat Indah
    2. Kampung Simpang Balak
    3. Kampung Jambu
    4. Taman Sri Langat
  2. Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membaik pulih tebing-tebing tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1,298,584.00 untuk melaksanakan kerja membaikpulih tebing-tebing di kawasan Taman Sepakat Indah, Kampung Simpang Balak, Kampung Jambu dan Taman Sri Langat. Antara kerja yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Tebing Sungai Langat Serta Kerja Berkaitan di Taman Sepakat Indah, Mukim Kajang Penyelenggaraan Tebing 350,000.00 Penyelenggaraan Berkala

     

    Jangka Mula Pada 22 April 2024

    2. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Tebing Sungai Langat Serta Kerja Berkaitan di Kampung Simpang Balak, Mukim Kajang Penyelenggaraan Tebing 350,000.00 Penyelenggaraan Berkala

     

    Jangka Mula Pada 22 April 2024

    3. Kerja-Kerja Pembinaan Ban Sungai Langat Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kampung Jambu, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Pembinaan Ban Sungai 268,484.00 10.8.2023

    2.11.2023

    Siap
    4. Kerja-Kerja Penstabilan dan Pengukuhan Tebing  Sungai Langat Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Taman Sri Langat, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Penstabilan dan Pengukuhan Tebing Sungai 330,100.00 10.7.2023

    25.9.2023

    Siap
        Jumlah 1,298,584.00    

Lampiran

Tiada Lampiran.