Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

22) INSENTIF KERAJAAN NEGERI BAGI PENUBUHAN JMB / MC BAGI RUMAH KOS RENDAH / FLAT DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisma yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan JMB atau MC yang ditubuhkan dapat melaksanakan tugas mereka dengan mengikut peruntukan yang ditetapkan dalam Akta Strata?

    1. JAWAPAN DISEDIAKAN OLEH PESURUHJAYA BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ)

    Mekanisme yang boleh diambil oleh  pihak COB adalah seperti “perlantikan seseorang” di kalangan wakil penduduk dan memberi kuasa kepadanya untuk mengaturkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi tujuan pemilihan perlantikan Jawatankuasa semula.

     

    Lantikan Seseorang

    Jadual Kedua, Perenggan 11, Akta 757

    Pesuruhjaya boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana- mana orang untuk mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa bagi apa- apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Pesuruhjaya.

     

    Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu mesyuarat tersebut masih gagal mendapat sambutan penduduk dalam membentuk korum perlantikan jawatankuasa, maka adalah dicadangkan untuk memasukkan skim perumahan tersebut bagi tujuan sebutharga untuk perlantikan ajen pengurusan di bawah perlantikan COB.

     

     

    Perlantikan ejen pengurusan oleh Pesuruhjaya.

    Bahagian VI, Perenggan 86, Akta 757

     

    • Suatu keadaan di bawah perenggan 19(2)(b) berlaku; atau

     

    Selepas siasatan sewajarnya dijalankan oleh Pesuruhjaya atau seseorang yang dilantik olehnya berdasarkan suatu aduan yang dibuat kepada Pesuruhjaya oleh seseorang pembeli atau pemilik atau mana- mana orang atau Badan yang lain mempunyai kepentingan dalam suatu petak, yang berdaftar atau selainnya, Pesuruhjaya berpuas hati bahawa penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana- mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama tidak dijalankan dengan memuaskan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana- mana yang berkaitan.

  2. Senaraikan perumahan kos rendah / rumah flat yang tidak dapat menubuhkan JMB / MC di kawasan DUN Kajang.

    JAWAPAN DISEDIAKAN OLEH PESURUHJAYA BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ) SEPERTI DI LAMPIRAN