Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

11) SOSIAL DAN KEBAJIKAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam memperkukuhkan jaringan sosial dan kebajikan masyarakat?

    Antara usaha kerajaan negeri untuk memperkukuhkan jaringan sosial dan kebajikan masyarakat ialah menerusi program berikut:

    1. Menggalakkan peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam proses pembuatan dasar, polisi dan inisiatif Kerajaan Negeri menerusi sesi libat urus dan bengkel berkaitan.
    2. Melibatkan NGO sebagai wakil ahli Majlis Perundingan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor yang akan ditubuhkan.
    3. Mengadakan kerjasama dengan NGO dalam program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
    4. Memberikan geran untuk NGO kebajikan melaksanakan program berdasarkan keperluan semasa masyarakat.
  2. Bagaimanakah kerajaan negeri akan menangani isu kemiskinan dan kebajikan kanak-kanak?

    Antara langkah Kerajaan Negeri menangani isu kemiskinan dan kebajikan kanak-kanak ialah:

    1. Menyediakan bantuan bagi menyokong pembangunan keluarga miskin dan miskin tegar – Bantuan Am, Bantuan Latihan Aparantis

     

    1. Khidmat Sokongan Dalam Komuniti (Care 2U) kepada keluarga dengan kanak-kanak berkeperluan khas

     

    1. Pemantapan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga dengan kanak-kanak

     

    1. Pemerkasaan komuniti dalam menangani isu pengabaian kanak-kanak

     

    1. Selain itu, program memberdaya rakyat Negeri Selangor melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang terdiri daripada empat puluh enam (46) program dan dirangkumkan di dalam enam (6) kategori atau kluster bagi menangani isu kemiskinan dan juga kebajikan kanak-kanak termasuklah;

     

    • Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor iaitu Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) dan Jom Shopping Perayaan;

     

    • Iltizam Kesihatan Selangor iaitu Iltizam Selangor Sihat, Skim Rawatan Jantung dan Bantuan Sihat Selangor;

     

    • Iltizam Pendidikan Selangor iaitu Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) dan Iltizam Pendidikan Fardu Ain;

     

    • Iltizam Perumahan Selangor iaitu Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin;

     

    • Iltizam Keusahawanan Selangor iaitu Skim Hijrah Selangor, Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (ISEED) dan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri; dan

     

    • Iltizam Mesra Anak Selangor iaitu Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

Lampiran

Tiada Lampiran.