Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

4) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dan perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah tekanan air rendah dan kebocoran paip air lama di sekitar kawasan Taman Ehsan dan Desa Jaya?

    Cadangan pelaksanaan bagi program penggantian paip di kawasan Taman Ehsan dan Desa Jaya sedang dalam peringkat awal reka bentuk oleh konsultan yang dilantik oleh Air Selangor dan dijangka bermula pada suku keempat bagi tahun 2024.

  2. Sila senaraikan projek penggantian paip air bermula tahun 2018 hingga kini di bawah Dun Bukit Lanjan dan jumlah peruntukkan yang terlibat.

    Senarai projek penggantian paip bagi DUN Bukit Lanjan yang telah dianugerahkan bermula dari tahun 2018 adalah seperti berikut:

     

    No

    Pakej

    Nama Jalan

    Kawasan

    Wilayah Air Selangor

    Panjang Paip (km)

    Status

    (31 Januari 2024)

    1

    10

    FRIM Kepong Gombak

    FRIM Kepong Gombak

    Gombak

    7.90

    Siap dilaksanakan
    2

    23

    Jalan SJ 24

    Taman Selayang Jaya

    Gombak

    0.48

    Siap dilaksanakan
    3

    53

    Jalan Taman Selayang Jaya

    Taman Selayang Jaya

    Gombak

    11.24

    Dalam pembinaan (66%)
    4

    60

    Jalan SU 40

    Taman Selayang Utama

    Gombak

    0.46

    Dalam pembinaan (86%)

     

    Jumlah peruntukan bagi kerja-kerja penggantian paip di atas adalah dianggarkan sebanyak RM17 Juta.

     

  3. Senaraikan kerja-kerja terjadual bagi kerja-kerja penggantian paip air bagi tahun 2024 di Dun Bukit Lanjan.

    Air Selangor dalam fasa perancangan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian paip di kawasan-kawasan berikut:

     

    No

    Nama Jalan

    Kawasan

    Wilayah Air Selangor

    Panjang Paip (km)

    1

    Jalan SJ 20

    Taman Selayang Jaya

    Gombak

    0.34

    2

    Jalan SJ 30

    Taman Selayang Jaya

    Gombak

    0.27

    3

    Jalan SJ 21

    Taman Selayang Jaya Gombak

    0.20

    4

    Jalan SJ 7

    Taman Selayang Jaya Gombak

    0.49

Lampiran

Tiada Lampiran.