Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
1) KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini jumlah permohonan yang telah diterima, jumlah permohonan yang masih dalam pemprosesan, jumlah permohonan yang berjaya diluluskan, jumlah permohonan yang ditolak bagi Dun Bukit Lanjan dan senaraikan kawasan yang terlibat.
Dalam senarai Kilang Tanpa Kebenaran MBPJ hanya terdapat bengkel/ stor yang terletak di Kg. Sg. Kayu Ara (DUN Bandar Utama) dan di Sg. Way SS7 (DUN Kg. Tunku). Kedua-dua kawasan ini dimasukkan dlm senarai Kilang Tanpa Kebenaran walaupun hanya aktiviti bengkel dan stor (bukannya kilang) kerana kawasan ini telah dizonkan sebagai kawasan industri ringan dalam Rancangan Pemajuan (RTPJ). Tiada kilang haram disenaraikan bagi kawasan DUN Bukit Lanjan kerana aktiviti-aktiviti bengkel dan stor yang terdapat disana tidak memenuhi kriteria utk dimasukkan dalam senarai. Kilang Tanpa Kebenaran disebabkan ianya terletak di Tanah Kerajaan.
-
Apakah target kerajaan bagi memproseskan semua permohonan yang telah diterima khususnya di bawah Dun Bukit Lanjan memandangkan tempoh penerimaan permohonan telah lama ditutup?
Tidak berkaitan
-
Apakah perancangan kerajaan dalam menangani isu kerosakan atau kekurangan kemudahan infrastuktur yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir akibat daripada pembinaan kilang tanpa kebenaran khususnya di sekitar kawasan Kg Desa Aman.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM404,208.00 bagi pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf tebing sungai di Desa Aman pada tahun 2023. Kerja-kerja menaiktaraf tersebut telah membantu mengurangkan kesan banjir di kawasan Kg. Desa Aman. Walau bagaimanapun, masih terdapat jajaran sungai yang tidak dapat dinaiktaraf disebabkan oleh pembinaan rumah dan kilang tanpa kebenaran yang terletak di rizab sungai.
Bil. Tajuk Skop
Kos
(RM)
Tarikh Mula
–
Tarikh Siap
Status
1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Tebing Anak Sungai Desa Aman Bagi Melancarkan Saliran di Kg. Baru Desa Aman Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Menaiktaraf tebing sungai
404,208.00
29.9.2023
–
22.12.2023
Siap
Jumlah 404,208.00