Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

400) JALAN RAYA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria untuk menambahbaik dan menurap jalan kampung khususnya diseluruh kampung di DUN Morib kerana masih ada yang belum dibuat selama bertahun lamanya?

    Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri merupakan ketetapan di bawah Peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri di negeri masing-masing. Bagi maksud ini, PDT Kuala Langat bertanggungjawab terhadap ‘Jalan Kampung’ iaitu jalan di kawasan luar bandar/ pendalaman yang memberi kemudahan perhubungan kepada penempatan dan pusat kemudahan awam seperti pusat kesihatan/ klinik, sekolah, masjid/ surau, pasar, pusat-pusat riadah/ rekreasi.

  2. Apakah proses permohonan untuk menambahbaik dan menurap jalan ini?

    Permohonan selenggara jalan boleh dikemukakan melalui mana-mana saluran samada JKR, PBT ataupun PDT. Permohonan yang diterima akan diangkat untuk kelulusan diperingkat negeri sebelum dilaksanakan.

  3. Adakah tahun 2024 ini telah disenaraikan dan nyatakan?

    Sebanyak 3 permohonan bagi mukim Morib/Kelanang telah diangkat untuk dilaksanakan pada tahun 2024 melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM185,265.00. Senarai permohonan adalah seperti di Lampiran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.