Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
397) CADANGAN LEBUHRAYA PJD LINK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini cadangan pembinaan lebuh raya PJD Link?
a)Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 10 Januari 2024 kertas EXCO-MTES No.8/1/2024 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 2/2024 pada 17 Januari 2024 menimbangkan dan menangguhkan pelaksanaan Pembangunan Projek Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk semakan lanjut cadangan jajaran alternatif yang bersesuaian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, satu Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Swasta (JTAS) Bil.1/2024 yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 6 Februari 2024 telah memohon pertimbangan semula Kerajaan Negeri Selangor bagi keputusan MMKN Ke 1/2024 pada 10 Januari 2024 berikutan perubahan jajaran memberikan implikasi ke atas kontrak sedia ada dan tempoh masa yang diperlukan oleh PJD Link Sdn Bhd untuk memenuhi Syarat Duluan Perjanjian Konsesi.
Selanjutnya, perkara ini telah dibawa semula ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Kertas EXCO MTES No. 8/1/2024 pada pada 7 Februari 2024 di mana MMKN berpandangan bahawa LLM sewajarnya meneliti semula jajaran sedia ada kerana terdapat bantahan yang tinggi oleh penduduk khususnya di kawasan Petaling Jaya seperti mana yang dilaporkan dalam Laporan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment – SIA).
Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju agar keputusan MMKN Ke 1/2024 pada 17 Januari 2024 dikekalkan dan pertimbangan semula akan dilaksanakan setelah pihak LLM mengemukakan cadangan jajaran alternatif yang bersesuaian selaras dengan hasil laporan SIA.