Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

396) GABUNGAN INISIATIF DI ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan inisiatif Kerajaan Persekutuan tidak dapat diuruskan oleh ahli-ahli Dewan Negeri kerana sistem yang berbeza. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadi penyelaras di antara kedua-dua kerajaan untuk menyenangkan pusat khidmat masyarakat Ahli Dewan Negeri membantu untuk menyampaikan inisiatif kedua-dua kerajaan?

    Pada masa ini, Kementerian Ekonomi sedang giat melaksanakan outreach pengemaskinian maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan/ inisistif Kerajaan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Peranan menyebarluas pengemaskinian maklumat ini khususnya di daerah-daerah dapat digerakkan terutamanya melalui penglibatan Ketua-ketua Komuniti seperti Ahli Ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli majlis dan Ketua-ketua Kampung agar sebarang bentuk bantuan/ inisiatif Kerajaan selepas ini dapat diberikan secara optimum kepada rakyat berdasarkan rekod-rekod terkini tanpa ada yang tertinggal mendapat manfaat atas usaha-usaha Kerajaan selain bantuan-bantuan yang diberikan daripada Kerajaan Negeri melalui program-program Iltizam Selangor Penyayang.

Lampiran

Tiada Lampiran.