Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
395) SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan Skim Air Darul Ehsan kepada lebih ramai penerima yang bakal terkesan dengan pelarasan tarif air domestik?
Dalam membantu meringankan beban rakyat di negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Air Darul Ehsan (SADE) sejak 2019.
SADE merupakan program pemberian air percuma yang dijajar semula bertujuan untuk memberi bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan.
Kerajaan Negeri telahpun memperluaskan syarat kelayakan SADE dengan menaikkan had minimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan dan syarat-syarat lain kekal seperti berikut:
i) Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
ii) Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri, termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
iii) Premis kediaman meter individu; dan
iv) Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.Untuk makluman, pendaftaran bagi SADE masih dibuka dan akan terus dibuka bagi menggalakkan penduduk di Negeri Selangor untuk terus memohon rebat air percuma.