Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
394) PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN JKR NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara jalan-jalan JKR Negeri di dalam kawasan luar bandar dalam tahun 2023?
Bagi memastikan kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan baik, sebanyak RM 170 Juta telah diperuntukkan kepada JKR Selangor untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya negeri dan tambahan sebanyak RM 50 Juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Turapan Mega Selangor 2023 yang melibatkan jalan-jalan di bawah seliaan Pejabat Daerah / Tanah (PDT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Sila senaraikan projek-projek tersebut yang telah diluluskan pelaksanaannya dalam tahun 2010-2023 mengikut kampung-kampung dan daerah-daerah di Negeri Selangor.
Penyelenggaraan jalan kampung adalah diluar bidang kuasa pihak JKR.
Senarai peruntukan projek mengikut daerah-daerah bagi tahun 2018-2023 adalah seperti di Lampiran A.