Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
381) TARIF AIR DAN ELEKTRIK ISTIMEWA UNTUK RUMAH IBADAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak Air Selangor dan TNB mempunyai tarif istimewa/ diskaun kepada rumah-rumah Ibadat?
Jawapan a dan b dijawab bersekali.
Pelarasan tarif air baharu berkuat kuasa 1 Februari 2024 melibatkan peningkatan kadar rata untuk rumah ibadah daripada 58 sen kepada 66 sen bagi setiap meter padu (m3). Kadar rata ini adalah yang terendah berbanding kategori pengguna air yang lain.
Untuk makluman, tiada diskaun diberikan kepada rumah ibadat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah bersetuju menanggung kos kenaikan 8 sen yang dikenakan ke atas rumah-rumah ibadat ini dengan anggaran jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM567,161 pada tahun 2024 dengan andaian penggunaan air bulanan rumah ibadat sebanyak 30 m3.
-
Jika tiada, adakah terdapat perancangan untuk berbuat demikian?