Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

379) PEMBINAAN SEKOLAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri terlibat di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk membina sekolah baharu iaitu SMK Kota Kemuning 2?

    JPN Selangor sentiasa komited dalam memastikan kemudahan sekolah mencukupi di Selangor. Pembinaan SMK Kota Kemuning (2) ini telah pun diluluskan dalam RMKe-12 RP1 Tahun 2021. Namun proses pembinaan terpaksa ditangguhkan kerana terdapat isu berbangkit yang sedang diselesaikan oleh pihak KPM. Kerja-kerja awal projek ini dijangkakan akan disambung semula pada tahun 2025. Oleh itu sokongan dari Kerajaan Negeri amat diperlukan dalam memastikan tapak sekolah ini terjaga dan tiada pencerobohan.

Lampiran

Tiada Lampiran.