Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
376) PARKIR KENDERAAN BERAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan garis panduan untuk menjadikan tanah kosong, tanah lapangan atau tanah rizab sebagai tapak parkir kenderaan berat?
a)Pada masa ini, Kerajaan Negeri mengguna pakai Garis Panduan Terminal Kenderaan Berat yang disediakan oleh PLANMalaysia pada tahun 2012. Garis panduan ini diguna pakai oleh semua PBT di Negeri Selangor bagi tujuan pengurusan Terminal Pemindahan Kenderaan Berat serta Terminal Kawasan Rehat dan Letak Kenderaan.
-
Apakah cadangan pelan jangka masa pendek untuk parkir kenderaan berat memandangkan Selangor adalah hub untuk syarikat logistic?
Pembangunan parkir kenderaan berat adalah tertakluk kepada Rancangan Tempatan PBT khususnya bagi PBT yang mempunyai banyak kawasan industri. Namun, bagi perancangan jangka masa pendek, PBT boleh mengenal pasti tanah-tanah kosong yang bersesuaian antaranya seperti tanah rizab bagi maksud pengangkutan untuk tujuan menyediakan parkir kenderaan berat. PBT boleh memohon Lesen Pendudukan Sementara ke atas tanah tersebut daripada Pejabat Daerah dan Tanah.