Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
370) KANAK-KANAK TAJAAN KERAJAAN NEGERI KE TIMUR TENGAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelajar tajaan Kerajaan Negeri ke timur tengah?
Sehingga tahun berakhir 2023, Kerajaan Negeri telah menaja seramai 262 orang pelajar bagi pengajian di Negara Timur Tengah melalui Biasiswa Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara.
-
Apakah kaedah kerajaan untuk mengambil pelajar tersebut untuk berkhidmat untuk Kerajaan Negeri?
Sebagai langkah mengikat penerima Biasiswa Dato’ Menteri Besar Selangor (Negara Timur Tengah), pelajar adalah disyaratkan bahawa sekiranya dikehendaki dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh lapor diri tamat pengajian, pelajar perlu berkhidmat dengan Kerajaan Negeri atau mana-mana badan yang diarahkan dalam apa-apa jawatan yang sesuai dengan kelayakan pelajar.
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pelajar yang tidak menghabiskan pengajian yang dibawah tajaan kerajaan?
Sekiranya terdapat kes di mana pelajar tajaan Kerajaan Negeri yang tidak menghabiskan pengajian, tindakan membayar balik kesemua jumlah tajaan akan dikenakan kepada pelajar berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian tajaan tersebut.