Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

368) PENTERNAK AYAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada penternak ayam yang tidak menjaga kebersihan dan berbau busuk serta banyak lalat di kawasan reban ayam mereka terutama di kawasan sekitar DUN Morib dan seluruh Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang wajar misalnya mengeluarkan notis penambahbaikan, mengenakan kompaun dan menggantung serta membatalkan lesen ke atas penternak ayam yang terbukti tidak menjaga kebersihan dan berbau busuk serta banyak lalat di kawasan reban ayam mereka terutama di seluruh Negeri Selangor termasuk kawasan sekitar DNS Morib.

    Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan semua penternak di seluruh negeri mematuhi segala peraturan yang termaktub di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan Peraturan-peraturan Perladang Unggas (Negeri Selangor) 2008.

    Semua Yang Berhormat dan pemimpin masyarakat lain serta orang ramai dipelawa untuk membuat aduan sekiranya menemui gejala pencemaran dan kacau ganggu berpunca daripada ladang unggas supaya DVS Selangor boleh membuat lawat siasat dan Tindakan penguatkuasaan dengan segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.