Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

365) PEMANTAUAN LORI – LORI TANAH DI JALAN RAYA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah - langkah yang boleh dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap lori - lori tanah yang laju dan tidak mengikut peraturan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan jiwa berulang kali di Jalan Dengkil - Banting dan Dengkil - BBST?

    1. Pasukan Operasi JPJ Negeri Selangor dari Stesen Penguatkuasa Banting sentiasa menjalankan penguatkuasan terhadap lori-lori tanah yang menggunakan jalan Dengkil – Banting dan Banting ke Bandar Baru Salak Tinggi.
    2. Penguatkuasaan harian dijalankan secara rondaan dan statik di lokasi tersebut.
    3. Selain daripada itu, Unit Operasi dari JPJ Negeri Selangor juga sentiasa menjalankan rondaan di kawasan tersebut dengan kekerapan 2 kali seminggu.
    4. Kenderaan yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan saman. Statistik saman adalah seperti di lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.