Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
356) INISIATIF KENAIKAN PANGKAT UNTUK PENJAWAT AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi inisiatif merupakan kenaikan pangkat kepada penjawat awam yang memiliki mutu kerja yang baik dan komited?
Kerajaan Negeri selangor menghargai komitmen dan pengorbanan penjawat awam negeri Selangor. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, urusan kenaikan pangkat Penjawat Awam adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan syarat -syarat kenaikan pangkat Ceraian UP.3.1.1 – Pekeliling Perkhidmatan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam.
Oleh yang demikian, semua urusan kenaikan pangkat penjawat awam hendaklah mematuhi dasar, peraturan dan syarat -syarat yang sedang berkuatkuasa. Dasar kenaikan pangkat tersebut telah mengambil kira mutu kerja dan komitmen yang ditunjukkan oleh penjawat awam.