Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

353) ISU TRAFIK DI KAWASAN TUMPUAN INDUSTRI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan mekanisme baharu untuk mengenakan caj khas penguraian trafik dan pembaikian jalan dengan tujuan penambahbaikan lalu lintas kepada pemain-pemain industri di Selangor ini berikutan kesesakan lalulintas yang semakin meningkat seiring dengan pembangunan industri baharu di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga kini tiada perancangan terhadap cadangan untuk mengenakan caj penguraian trafik dan pembaikan jalan terhadap pemain-pemain industri di Negeri Selangor dalam mengatasi isu kesesakan lalu lintas. Untuk makluman, caj penguraian trafik yang dicadangkan adalah mirip kepada caj kesesakan trafik iaitu caj yang telah lama dilaksanakan di bandar utama di luar negara antaranya negara Singapura, United Kingdom, Sweden dan Itali.

    Caj kesesakan trafik ini ialah bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar yang disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas. Namun, cadangan pengenaan caj kesesakan atau penguraian trafik ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.