Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

341) KEBENARAN PENGENDALIAN INSENTIF DAN PROGRAM BANTUAN KEBAJIKAN OLEH ADN KAWASAN PEMBANGKANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada ADN pembangkang bagi mengendalikan program-program insentif Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor tuntas membantu menjaga kebajikan rakyat tidak mengira sama ada yang tinggal di DUN Pembangkang ataupun DUN Kerajaan. Semua rakyat wajib dibantu dan dilindungi kepentingan mereka. Bagi melaksanakan program-program Kerajaan Negeri di DUN Pembangkang, Penyelaras DUN telah dilantik untuk memastikan dasar dan program Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan baik dan manfaatnya dirasai oleh rakyat. Ini adalah amalan lumrah yang telah dilaksanakan semenjak pentadbiran dahulu lagi serta turut diamalkan di peringkat Persekutuan.

  2. Mengapakah pihak ADN pembangkang tidak diberikan kebenaran untuk mengendalikan pemohonan-permohonan berkaitan Insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pusat Khidmat Masyarakat kawasan pembangkang?

    Peranan tersebut dimainkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Penyelaras DUN yang telah dilantik dan diberi mandat oleh pentadbiran. Pelantikan Penyelaras DUN adalah menerusi sistem dan mekanisme yang telus di mana calon-calon tersebut diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.