Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

338) PUSAT KOMUNITI DAN AMENITI SOSIAL

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status baik pulih dan menaik taraf infrastruktur usang dan daif di kawasan DUN Bukit Melawati?

    Pihak MPKS dari masa ke semasa secara tahunan mengikut keutamaan serta giliran akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan dan baikpulih keatas infrastruktur dan kemudahan awam dibawah aset atau inventori pihak MPKS di setiap kawasan DUN menggunakan peruntukan bajet tahunan MPKS atau dengan memohon peruntukan khas kepada pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Keutamaan kerja-kerja baikpulih dan menaiktaraf ini yang melibatkan kemudahan awan seperti dewan, pasar dan medan selera , balai masyarakat dan tandas awam dimana perancangan kerja ini adalah berdasarkan aduan dan juga pemeriksaaan dan penilaian keadaan semasa kemudahan tersebut oleh pihak jabatan. Selain dari penyenggaraan biasa terdapat juga pembaikan kecemasan yang melibatkan faktor keselamatan yang mempunyai memerlukan tindakan dan pembaikan segera.

  2. Berapakah jumlah Pusat Komuniti dan Ameniti Sosial di kawasan desa yang dicadang akan dibangunkan oleh pihak kerajaan dalam tahun ini?

    Tidak berkaitan dengan pihak MPKS.

Lampiran

Tiada Lampiran.