Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
333) LONGKANG TIDAK DIURUS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Longkang yang tidak diurus di Kampung Hala Cara Baru Parit 16, bilakah akan selesai permasalahan ini?
a)Isu berkaitan longkang atau sistem pengairan yang tidak sempurna di Kampung Hala Cara Baru Parit 16 telah dibangkitkan oleh MPKK, Ahli Parlimen serta ADN yang bertanggungjawab ke atas Kampung ini. Permasalahan ini kemudiannya telah dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) dan seterusnya dibawa di peringkat lebih tinggi oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor. Kelulusan peruntukan projek menaiktaraf longkang Kampung Hala Cara Baru Parit 16 Sungai Panjang telah diperolehi pada tahun 2023 di bawah peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan projek dilaksanakan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor dalam 4 fasa pelaksanaan.
Rujukan dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor mendapati bahawa projek menaiktaraf longkang termasuk kerja-kerja pemasangan longkang yang baharu tidak dapat disempurnakan sepenuhnya memandangkan terdapat bantahan oleh sebahagian penduduk di kampung tersebut yang tidak bersetuju dengan isu saiz longkang (1200mm x 450mm) yang ingin dipasang serta izin lalu pemasangan struktur longkang yang melalui tanah milik penduduk. Hal ini menyebabkan sebahagian besar skop projek ini tidak dapat diteruskan bagi fasa 3 dan fasa 4.
-
Projek sepatutnya selesai pada 14.Ogos.2023, tapi masih tergendala dan menyebabkan banjir bila hujan. Apakah tindakan kerajaan kepada kontraktor tersebut?
Untuk makluman projek ini mempunyai 4 fasa pelaksanaan. Berikut merupakan senarai fasa projek dan status bagi setiap fasa projek tersebut:
1) Fasa 1 = Siap dan selesai bayaran
2)Fasa 2 = Siap dan selesai bayaran
3)Fasa 3 = Kerja pemasangan longkang tidak dapat diselesaikan kerana
bantahan penduduk.
4)Fasa 4 = cadangan pemasangan longkang ditukar ke lokasi lainSemakan dengan PPN Selangor menyatakan bahawa masalah ini bukan berpunca daripada kegagalan pihak kontraktor tetapi disebabkan oleh isu bantahan daripada sebahagian penduduk yang tidak dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak kerajaan.
Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam belum mendapat keputusan terkini daripada pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor kerana masih dalam pelaksanaan perbincangan dengan beberapa pihak.
-
Adakah projek ini akan diteruskan?